April 23, 2013

Heart

I have the most sensitive and fragile heart.

My heart feels too much, my heart is easily hurt, my heart gets scared pretty often, my heart lets people’s words get to it.

I realized one of my struggles is to take care of my own heart.

It’s quite funny. I always tell loved ones “take care of your heart” while I am still letting those little things get to me.

Does that mean I am weak? I am only human after all.

I ter-read someone's tweet. But it affects me greatly; it makes me feel insecure, it makes me feel upset, it makes me feel tawar hati.

Sorry, but I'm only human :(

I can’t forget you.

April 16, 2013

Mak, ayah..eka rindu :(


Ya Allah, betapa banyak aku meresahkan hatinya selama 21 tahun kehidupanku. Apalah sangat yang hendak dibanggakan dengan balasan lulus exam yang telah ku berikan kepadanya. Tidak mungkin dengan sejuta kejayaan pun aku mampu membalas segalanya.

Ma, Yah;
If only I have enough courage to tell you this, myself.
I am a handful to handle, I know,
but both of you had always been there for me, at every turn.
You are the two most incredible gifts Allah had given me.

I want to die being a good daughter to you.

Aku tahu, walaupun dengan bayangan maut yang pada bila-bila masa boleh menghentikan langkah, perjalananku masih terlalu jauh. Tidak bermakna aku berjaya kali ini, aku akan berjaya untuk kali yang seterusnya. Untung nasibku, destinasiku, tiada siapa yang tahu, melainkan Dia Yang Satu.

Pintaku cuma,

Moga suatu hari nanti aku mampu menjadi anak yang benar-benar baik buat kedua-dua orang tuaku.

Mampu membahagiakan.

Mampu menyenangkan.

Allah :(

April 9, 2013

Al Fateh, from Zero to Hero

[Al Fateh From Zero to Hero] 

Sekian lama ditanamkan azam dalam dirinya, untuk menakluk Constantinople sekaligus menjadikan dirinya insan yang dimaksudkan dalam hadis baginda Rasulullah S.A.W yang diungkapkan ketika Perang Khandak. 

Sultan Muhammad Al-Fatih. 


Semangat juangnya terasa meresap ke segenap ruang dalam diri tatkala setiap pancaindera ditumpukan melihat, mendengar, merasai dan menghayati segala bukti kemenangan agung Islam yang pernah dicapai suatu ketika dahulu. Tak dapat digambarkan perasaan itu. 

'Tak ramai muslimin di mana-mana ceramah yang saya anjurkan, sebab memang muslimin dah tak ramai di mana-mana pun!' kata Ustaz Syaari. Terdengar ramai yang ketawa. 'Selalunya mesti ramai muslimat dan ketahuilah pentingnya keberadaan kalian di sini kerana kalian perlu tahu bahawa kalianlah yang bakal melahirkan generasi Al-Fatih seterusnya!' kata ustaz lagi.

Ustaz Syaari Abdul Rahman.
Gayanya cukup menarik perhatian. Pembukaannya sahaja sudah mengetuk iman di dada, membuka minda dan jiwa. Setiap ungkapan dan bait-bait kata terasa membius melumpuhkan masa, semakin kami dibuai dalam pengembaraan menjangkau abad lamanya.

'Ketatkan tali pinggang anda, kita akan berlepas ke Turki sebentar sahaja lagi'

Apabila diceritakan setiap satu rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih semakin diri ini kagum dan kagum dengan kehebatannya dan orang-orang disekelilingnya. Kepercayaan yang tinggi, yakin dan pasti.
Tarbiyahnya hebat,
Ilmunya sarat,
Kebijaksanaannya tak tersangkal,
Emosi dan semangat juang yang kental,
Kerjasama yang padu, berjihad kerana Allah yang satu.

Bersyukur kerana diberi peluang hadir ke situ, walaupun singkat tapi cukup menyentuh kalbu. Alhamdulillah, sangat terinspirasi. Semoga segala pengajaran dijadikan teladan sepanjang hayat inyaAllah.

Dan kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, 'Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi, kami tidak menyeru Tuhan selain Dia (18 : 14)



.notakaki: Mark your calendar, 10th April (atiqa's practical exam), 15th April (Cardiovascular Module mcq test).  Pray for me! :D

Allahu Allah, sesungguhnya DOA itu memang senjata orang mukmin. Saya menyeru kalian untuk berpegang dengan ini. Sangat! Jangan putus asa, teruskan berdoa, berdoa dan berdoa, infinity! Allah itu Maha Pendengar