June 23, 2014

Petang hari

Assalamualaikum and hye
Harap semua yang membaca ni berasa dalam keadaan sihat walafiat and in their best iman.
Sekarang dah petang hari Isnin. Paper last untuk semester ni hari Khamis. Habis paper ni terus berangkat pulang sebab eka dah homesick sangat nak balik jumpa parents and siblings. Rasa perasaan sangat bercampur baur. Kalau ikut nafsu dan perasaan ni dah campak dah semua buku. Nak packing nak balik. Tapi akal masih waras lagi wahai eka oi. Focus jangan lari.

Another summer will come. Tadi bila tengok gambar kawan post beli Honda, kawan dah tunang. At that moment of time, I just realized that we are growing! Soooo fast. Like it feels like yesterday, I sit sebelah Roy, discuss pasal add math. It feels like yesterday jugak I went to school to receive my PMR results. It feels like yesterday jugak i went for my school driving lessons.

You know, things happen so fast that suddenly dia ni dah macam ni. Dia ni dah kahwin, tunang, dapat keta, grad, ada anak! Dan tak lupa ada kawan sekolah yang dah pergi menghadap Allah :( Sebab tu I think we have to appreciate every moment in our life. Every single things, small small things tu sebenarnya sangat bernilai. Tapi eka sendiri as human, kadang kadang lupa benda tu. Contoh in a situation like, our friend tengah cakap dengan kita. Tapi masa tu kita tengah sibuk benda lain. Dalam hati "ahh kau ni tak nampak ke aku sibuk?"

This thing actually happen to me very often. People actually came to me often to tell their stories, sharing stuff. Sometimes cukuplah, rimas. Tapi I keep remind myself that every single thing happen in ur life ada reasonnya. Allah sends you this people to give something in you. To develop something in you. Maybe Allah nak bagi eka lessons from their stories, maybe Allah nak eka reflect something on some musibah or whatnot.

People also come and go. They don't stay in your life like forever! Macam dulu kita in good terms, message and stuff then suddenly maybe I ter-cross my border line. So macam everything become awkward. You ada account baru pun eka malu nak follow because of thing that I said to you. Tapi you actually become one of the biggest thing la that happen in my life. And I believe that feelings were not just normal feelings, hormonal or whatnot. It is there. And I don't know what it is. sigh. Sekarang ni eka tak tau how on earth are we gonna cross our path again. Tapi eka serah everything to Allah. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi, kalau takde harap Allah jangan lahhh bagi attach sangat hati ni kat benda benda lama. Harap Allah mudahkan jalan yang terbentang di hadapan awak sekarang ni. Dah grad dah, banyak cabaran yang bakal diharungi. But I believe Allah will make it easy for you. You have such a supporting parents and siblings I believe. May Allah ease your journey to become one great person because I know you already on the right track of becoming one since the first day I knew you. May Allah protect you from any harm, always always showered you and your family by His kasih sayang.

Allah emosi sangat ni kenapa. Buku tak habis baca lagi. Sigh. Saja nak distract otak dari any GIT related sikit petang ni. Baru p order almond croissant dari TBS. Boleh la overcome craving. Ok sampai di sini sahaja luahan hati petang ni.

love,
Eka

June 10, 2014

Finals Mode

akhir kalam tazkirah drpd ustaz,


استفتى قبلك وان افتك الناس وافتوك
-buatlah keputusan dengan hati kamu
kerana ilmu yang ada pada akal kamu terlalu sedikit
-istikharahlah, hadirkan ALLAH dalam hatimu
mohon pertolongan daripadaNYA
kerana Allah meletakkan ilmu kedalam hatimu.

- Bagaimana mungkin kita dpt buat keputusan yg tepat dalam keadaan hati yang mati?


FINALS
12 hb June : End of Module PathoBio
14 hb June : End of Semester PathoBio
16 hb June : End of Module and Sem Healthcare
26 hb June : End of Semester GIT
27 hb June : Flight!!!

Mohon doa dari kalian. Mohon sangat2. I really believe in the magical of sincere dua's!
And mohon doa jugak untuk Atiqa dan sahabat2 dapat naik tahun clinical. Ameen yarabb!

June 5, 2014

Pengharapan Ramadhan

Assalamualaikum and hye!

Betapa tak sabarnya menunggu Ramadhan itu untuk tiba. Moga kita sama2 sampai di bulan ramadhan tahun ni, insyaAllah

Secara jujurnya, sewaktu saya belum lagi menjadi Muslim yang 'sebenar', kata orang non-practising la. Dia ada dua, practising and non practising Muslim. Ada orang namanya sahaja atas IC Islam, namun tak mengamalkan cara hidup Islam seperi solat, puasa. Perkara tu biasa dalam masyarakat kita. Puasa hanya sebagai adat ritual, tanpa pemahaman yang betul. Saya pun pernah menjadi orang itu Bila kecik kecik tengok orang berpuasa, kita pun ikut berpuasa.

Sedangkan dalam Quran, Allah berkata dengan jelas, sangat sangat jelas dalam surah AlBaqarah, 183

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

"untuk kamu memperoleh taqwa" That's it. untuk kamu memperoleh taqwa.

Taqwa itu lah sesuatu yang kita cari dan menjadi goal dalam hidup seseorang Muslim yang faham.

Selagi mana kita melakukan sesuatu tu tanpa pemahaman, kita tak akan merasa kenikmatan sesuatu perkara (puasa, solat, menutup aurat, etc). Kenikmatan berpuasa with kefahaman itu masyaAllah, mengubah diri kamu. Mengubah dari mana? Dari dalam hati. Dan sesungguhnya Allah menyuruh kita berpuasa, Allah tahu kita ni lalai. Dalam setahun, 30 hari Allah bagi peluang keemasan ni kat kita, kembali mengingat Allah (with extra!)

"Moga-moga kamu bertaqwa" Tak semua orang puasa itu dapat taqwa dan semoga kita menjadi orang yang mendapat taqwa itu. Allah tidak memerlukan puasa kita, kita yang memerlukannya kerana kita perlu kembali kepada Pencipta kita. We NEED Ramadhan soooooo bad!

Kerana sesungguhnya jiwa-jiwa kita ini kotor. Jiwa-jiwa ini penuh dengan benci, dendam. Jiwa kita ni sangat lalai dalam mengingati Allah.

Allah kata ok, I give you the chance. here is the chance. Untuk kamu mengingat kembali ke dalam diri kamu, siapa kamu sebenarnya.

Balik untuk menyuci kembali jiwa-jiwa kita yang kotor ini kembali dekat kepada Allah dan masyaAllah sesungguhnya jika kita berpuasa memang kerana Allah dan nak menyucikan hati ni, kita akan dapat rasa. Seolah2 hati kita ni berkata2 dengan Allah, kita rasa sebak dan bila bukak puasa tu, cukup sederhana je. Sebab kita rasa cukup bahawa Allah itu nak mengajar kita dapat merasai kesusahan/kesengsaraan orang lain.

Sesungguhnya kita tahu umat Islam di dunia ni, hatta di Malaysia sekalipun masih ada golongan yang masih mencari makanan dari dalam tong sampah. Dan mereka ni kalau tengok kita nak bagi makanan, berlari2 nak ambik makanan. Sedangkan kita ni, berbuka puasa makanan penuh satu meja. Tapi hakikatnya, kata nak membersihkan diri dari nafsu makan. So, dia macam it beats the purpose of it (fasting)

Saya mengharapkan puasa pada tahun ni dapat menundukkan nafsu-nafsu yang telah bermaharajalela di dalam jiwa ni. Moga Allah memberi kita kesempatan untuk menghabiskan ramadhan dan bertemu dengan Lailatul Qadar. Moga Allah menghapuskan jugak penyakit2 hati ni dan Allah membantu kita menjadi seorang Muslim yang benar2 mempunyai taqwa kepada Allah. Saya jugak mengharapkan kita menempuh Ramadhan ini dengan tangisan dan air mata, penuh pengharapan dan moga Allah mengampunkan kita semua yang banyaaaaakk sangat dosa ni. Moga Allah membantu masyarakat dunia, rakyat Malaysia, membantu kita mendidik anak2 dan keluarga kita menjadi seorang Muslimin yang baik. Kerana hakikatnya dunia sekrang ni berada dalam penuh pergolakan.

Saya dapat jugak merasakan Allah menyuruh kita kembali bermuhasabah diri untuk melihat bukan untuk diri kita je, tapi untuk kita lebih kesah kepada orang lain.

Moga kita jumpa apa yang kita cari, moga kita peroleh pahala taqwa itu. Moga dapat merubah kita menjadi manusia yang lebih baik lagi sebelum ini dan lebih dekat dengan Allah, insyaAllah


.notakaki: Minta maaf kalau ayat tunggang terbalik

June 3, 2014

sakit

Assalamualaikum everyone.

Huhh huhhh by Allah's Mercy, Alhamdulillah I am getting better today. Nearly admitted because of dehydration. It all started last week when I had a mild sore throat. Ahhh wait I think I was already feeling lethargic early. Anyhow on the morning, when I had sore throat, I could not care less because biasalah puasa uols kalau tak sakit tekak sikit-sikit kan? That afternoon we had a karnival some sort of bazaar organized by my batch. So I went thinking that going out for a while might be ok since later I want to buy my flight tickets to Jordan.

After I got back from travel agency, tiba-tiba je rasa pening sangat-sangat Ya Allah pastu terus terbaring kesejukan. Lepas tu tak tahan sangat I took panadol. I asked Syaza to checked on me. Ok, dia cakap panas ni eka.

Then I terus ambik kain basah (being so independent since taknak susahkan Syaza and senyap2 I went to bed alone) Malam tu demam panas teruk lagi and my roommate was busy handling this dinner stuff and tak dapat tidur because kepala yang sangat2 pening.

And I keep on ulang alik ke toilet that day I think I had food poisoning at that time. Satu malam lebih 10x pergi yaAllah.

So malam tu tidur la dengan demam demam ni ha. Alhamdulillah by Subuh, demam dah kebah but I had a very very very terrible food poisoning la. Like...

Moga jadi kifarah dosa