June 5, 2014

Pengharapan Ramadhan

Assalamualaikum and hye!

Betapa tak sabarnya menunggu Ramadhan itu untuk tiba. Moga kita sama2 sampai di bulan ramadhan tahun ni, insyaAllah

Secara jujurnya, sewaktu saya belum lagi menjadi Muslim yang 'sebenar', kata orang non-practising la. Dia ada dua, practising and non practising Muslim. Ada orang namanya sahaja atas IC Islam, namun tak mengamalkan cara hidup Islam seperi solat, puasa. Perkara tu biasa dalam masyarakat kita. Puasa hanya sebagai adat ritual, tanpa pemahaman yang betul. Saya pun pernah menjadi orang itu Bila kecik kecik tengok orang berpuasa, kita pun ikut berpuasa.

Sedangkan dalam Quran, Allah berkata dengan jelas, sangat sangat jelas dalam surah AlBaqarah, 183

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

"untuk kamu memperoleh taqwa" That's it. untuk kamu memperoleh taqwa.

Taqwa itu lah sesuatu yang kita cari dan menjadi goal dalam hidup seseorang Muslim yang faham.

Selagi mana kita melakukan sesuatu tu tanpa pemahaman, kita tak akan merasa kenikmatan sesuatu perkara (puasa, solat, menutup aurat, etc). Kenikmatan berpuasa with kefahaman itu masyaAllah, mengubah diri kamu. Mengubah dari mana? Dari dalam hati. Dan sesungguhnya Allah menyuruh kita berpuasa, Allah tahu kita ni lalai. Dalam setahun, 30 hari Allah bagi peluang keemasan ni kat kita, kembali mengingat Allah (with extra!)

"Moga-moga kamu bertaqwa" Tak semua orang puasa itu dapat taqwa dan semoga kita menjadi orang yang mendapat taqwa itu. Allah tidak memerlukan puasa kita, kita yang memerlukannya kerana kita perlu kembali kepada Pencipta kita. We NEED Ramadhan soooooo bad!

Kerana sesungguhnya jiwa-jiwa kita ini kotor. Jiwa-jiwa ini penuh dengan benci, dendam. Jiwa kita ni sangat lalai dalam mengingati Allah.

Allah kata ok, I give you the chance. here is the chance. Untuk kamu mengingat kembali ke dalam diri kamu, siapa kamu sebenarnya.

Balik untuk menyuci kembali jiwa-jiwa kita yang kotor ini kembali dekat kepada Allah dan masyaAllah sesungguhnya jika kita berpuasa memang kerana Allah dan nak menyucikan hati ni, kita akan dapat rasa. Seolah2 hati kita ni berkata2 dengan Allah, kita rasa sebak dan bila bukak puasa tu, cukup sederhana je. Sebab kita rasa cukup bahawa Allah itu nak mengajar kita dapat merasai kesusahan/kesengsaraan orang lain.

Sesungguhnya kita tahu umat Islam di dunia ni, hatta di Malaysia sekalipun masih ada golongan yang masih mencari makanan dari dalam tong sampah. Dan mereka ni kalau tengok kita nak bagi makanan, berlari2 nak ambik makanan. Sedangkan kita ni, berbuka puasa makanan penuh satu meja. Tapi hakikatnya, kata nak membersihkan diri dari nafsu makan. So, dia macam it beats the purpose of it (fasting)

Saya mengharapkan puasa pada tahun ni dapat menundukkan nafsu-nafsu yang telah bermaharajalela di dalam jiwa ni. Moga Allah memberi kita kesempatan untuk menghabiskan ramadhan dan bertemu dengan Lailatul Qadar. Moga Allah menghapuskan jugak penyakit2 hati ni dan Allah membantu kita menjadi seorang Muslim yang benar2 mempunyai taqwa kepada Allah. Saya jugak mengharapkan kita menempuh Ramadhan ini dengan tangisan dan air mata, penuh pengharapan dan moga Allah mengampunkan kita semua yang banyaaaaakk sangat dosa ni. Moga Allah membantu masyarakat dunia, rakyat Malaysia, membantu kita mendidik anak2 dan keluarga kita menjadi seorang Muslimin yang baik. Kerana hakikatnya dunia sekrang ni berada dalam penuh pergolakan.

Saya dapat jugak merasakan Allah menyuruh kita kembali bermuhasabah diri untuk melihat bukan untuk diri kita je, tapi untuk kita lebih kesah kepada orang lain.

Moga kita jumpa apa yang kita cari, moga kita peroleh pahala taqwa itu. Moga dapat merubah kita menjadi manusia yang lebih baik lagi sebelum ini dan lebih dekat dengan Allah, insyaAllah


.notakaki: Minta maaf kalau ayat tunggang terbalik

No comments: