Kamu! Jangan fikir saya masih melupakan bahasa ibunda! Walaupun saya akui saya sememangnya lemah. ye, saya selalu tak dapat bezakan perkataan 'tikam' dan 'baling'.
pabila saya cakap 'aisyah, tolong tikam benda tu kat aku,', aisyah pun buat muka blur dan akhirnya ketawa. dan setelah mendengar perbezaannya tikam dan baling dari aisyah, tapi kenapa saya asyik ulang kesilapan yang sama? sampai sekarang kot?
baiklah, entry kali ini dibuat sebab telalu muak dan rasa nak muntah tengok nombor2 dalam mathematics. dan diilhamkan dari perbualan dengan Mr F dan Miss A ketika dalam perjalanan pulang dari bistro di pagi Ahad.
dari sini kita masuk ke knowledge isu nya iaitu Mr F claimed (apa claimed dlm bm?) yang saya akan berkahwin ketika berumur 26 tahun dan bakal suami ialah seorang yang bekerja pejabat.
Ok saya tidak ada masalah dengan perkara itu sebab saya memang agak bsetuju kerana saya punya target adalah 25-26. ahahahahah. cheewaaahhh. gila loser cakap pasal kahwin ? eh tak lah. tak loser pon.
ok, dan saya dengan ini pun macam nak terfikir mengelistkan ciri2 suami idaman kan alang2 menyeluk pekasam biar lah sampai ke pangkal lengan (tengok, penggunaan simpulan bahasa masih baik) *muka bangga banyak*
1. Pandai ambik jaga mak bapak saya. ahahaha. sebab saya rasa parents saya agak cerewet dan sememangnya ingin yang terbaik untuk anak perempuan sulungnya kan? betul tak mak? yes yes. macam dulu ex bf pernah tolong mak gardening dekat rumah dan pernah bawakkan bubur mcD ke rumah ketika saya demam. itu rasanya sangat sweet. :)))
2. Dia mesti bekerja. Ok, siapa yang tak nak suami bekerja? Yang berkerja tu mesti lah ada duit nak menampung kehidupan keluarga kan kan? mati lah saya kalau beg keluaran terbaru C&K keluar, suami tak mampu nak belikan?
3. Dan jangan risau kepada bakal suami saya, saya bukanlah seorang yang senang nak merajuk. jadi anda tidak perlu ada kebolehan untuk memujuk isteri. tapi satu bonus jika anda ada sifat pandai memujuk :)
4. Bakal suami mestilah sayang atau pandai ambik hati budak-budak. haaa..sebab saya gila dengan budak2 comel. sangat cuteeee..oh, sebab ada tau jenis lelaki yang tak suka budak-budak macam kawan sayaa..
5. Boleh tak nak cakap yang saya suka seorang yang pandai memberi nasihat dan matang dalam apa jua tindakan beliau? chewaahh..tak, bukannya apa. sebab saya ni seorang yang fragile(rapuh dalam bm macam tak sesuai kan?). Jadi saya perlukan seseorang yang betul2 boleh menjaga dan nasihatnya boleh diterima oleh saya. ala. comelkan?
6. Yang boleh menemani dan tidak jemu untuk menemani saya untuk bershopping. maaflah cik abang, saya punya penyakit ni memang tak boleh dirawat. sangat kronik kalau memegang duit beribu2. macam suma benda nak disapu. tapi saya akan consider lah kan kat awak? takkan nak berjam2 shopping kan? sbb saya ni bukanlah cerewat sangat pun ;p
7. ada tak yang pandai buat lawak? sebab mesti lah rumah tangga sunyi je tanpa gelak ketawa kan? lawak bodoh pun takpe asal boleh saya ketawa. saya dah awal2 reject saya punya classmate, Mr S. ahahahahaha sebab kan bila saya cakap gelak2 dalam phone dengan dia, dia boleh je buat senyap je? memang terus jadi awkward situation. ahahaha. maaflah mr S.
hmm..tak tau nak fikir apa lagi. tapi yang d atas tu adalah yang terpenting lah. chewaahh. lagipun integration sebelah ni macam dah menjeling tajam sampai saya pun terkelu nak tulis apa lagi.
baiklah kawan2 entry ini sekadar untuk melepaskan tekanan berhadapan dengan maths sebentar. yeaahh..saya kembali menggila.