September 30, 2013

Manifestasi impi dan mimpi

30/9/2013

Tuhan,
Ia telah menggunung tinggi,
hancur lagi.

Tuhan,
Ia telah melaut luas,
kemarau datang,
kering
kontang.

Tuhan,
Ia telah mengalir deras,
tercantas.

Tuhan,
Ia telah terbang bebas,
terkandas.

Tuhan,
Ia telah berlari
terhenti,

Tuhan
Ia hanya ingin melalui
Satu lagi hari
Kecap mimipi dan impi
Termanifestasi
Tak terjadi

PLEASE...

Hentikan dan ampunkan aku Tuhan
dari dan kerana terlalu memikirkannya
dari dan kerana terlalu melayannya,
dari dan kerana terlalu merenungnya,
dari dan kerana terlalu meratapnya

Semua yang Kau hancurkan
Semua yang Kau kontangkan
Semua yang Kau cantas
Semua yang Kau kandas
Semua yang Kau henti
Semua yang Kau tak izinkan terjadi

Gantikan Tuhan
Dengan yang lebih baik.
Kerana Engkaulah yang lebih mengasihi.
Kerana Engkaulah yang lebih mengetahui.
Dari dan kerana segala impi, mimpi, dan manifestasi.

Ya Baasith, Ya Qabidh, ameen.

Berjalan

Assalamualaikum.
Hello.

Sebenarnya, tergerak hati nak menulis. Saje2. Sebab bukak blog member2 kenalan blogger zaman hingusan dulu. Memang korek ar post lama2. Memang ternyata hingusan kahkahkah. Tapi tak nak baca entry lama diri sendiri yang macam hampeh. Rasa nak baling muka sendiri dengan air je bila baca. HAHAH

Ok, sebenarnya jujurnya aku dah kat Mesir sekarang. Yezza. Tau, kelas bukak lama lagi. Aku ada plan dengan classmate nak pergi somewhere before start class, iAllah. Moga Allah rahmati perjalanan kami nanti.

Macam last year pergi Jordan before start class. Bila sebut pasal Jordan, aku tak tau nak rasa apa sekarang. Tak tau. Serius. Is this a good thing ke or a bad one ke I don't know laaa. Yang penting aku tau aku patut teruskan hidup. Tak payah nak hold sangat lah. Buat semak kepala kau je tiqa oi

Bila bab2 travel ni, aku memang suka travel sendiri. Jimat kos sangat. Macam pergi Greece hari tu spend dalam RM2.5K. Kalau guna agent aku tengok kau kena bayar RM4K+. Mak aih. Tak mampu lah. Sebab travel sendiri, makanan boleh bawak. Tempat, kau boleh reserach awal2. Print, kumpul dan buat haa macam folio sejarah dulu. Serius. Sebab bila kau sampai tempat tu, kau boleh belek balik folio yang kau buat dah tu baca balik. Sambil kita berjalan, sambil itulah kita mentaddabur. Takdelah enjoy semata.

Oh Macau pun best hari tu, Tapi pergi Macau sebenarnya tak terancang. Macam last minute jugak la ikut orang so macam ok lah. Takde lah mahal sangat. Dalam tiga hari je pergi.

Sekarang ni, travel partner aku tengah mengusahakan tempat2 yang harus kami lawati sepanjang di tempat bakal kami lawati kelak. Kesian dia terpaksa kerja sorang sikit. Sebab aku ada urusan yang lebih penting kat Alex sekarang ni. Hmmm doakan aku. Itu je yang aku mampu pinta dari kalian. Aku tak minta apa apa atas perkenalan kita. Cukuplah doa dari hati yang ikhlas.

Wallahualam

September 18, 2013

Its hard to say goodbye

Assalamualaikum and hye!

Anyway, apa kabar? Diharapkan orang yang sedang membaca ini is in the best of iman and health. Aku membawa diri sekejap setelah diri ini cuba untuk memahami keadaan diri yang terasa lemah dan mencari kekuatan bila ditimpa sedikit ujian. Itulah, aku sedaya upaya cuba berhati hati dalam melontarkan pemikiran dalam blog sebab takut takut kalau kalau apa yang dilontarkan dekat sini menjadi hujah yang akan dikembalikan kepada diri aku sendiri macam boomerang, bila aku sendiri tidak mencuba sedaya upaya bermujahadah dalam mengamalkannya.

Perasaan nak balik Mesir adalah perasaan yang sukar nak digambarkan. Sangat. Terlalu.

Perasaan sedih dah mula dah.

Bila kaki melangkahh saja turun escalator nak pergi check in. ya Allah rasa dia macam okay, lepas ini aku on myself. Tapi alhamdulillah, sangat bersyukur dilahirkan di dunia sebagai seorang muslim.

Sebagai seorang manusia, sekiranya kalau kita bergantung sepenuhnya terhadap kemampuan dan keupayaan kita sendiri, kita akan tertekan. Betulkan?

Tapi istimewanya kita dilahirkan sebagai seorang muslim dan insyaAllah seorang mukmin di mana kebergantungan kepada Allah menjadi kita seorang yang tenang dan tabah menghadapi kehidupan.

So, Atiqa Askan,  tak mahu rasa sedih-sedih and emo-emo. Hargai masa sehari dua ni. Tak payah larut dalam perasaan sedih ini semua, perasaan negatif. Tak mahu layan. Please?

Nak masuk 3rd year? Nak jadi doctorkan? Desas desus kuat mengatakan 3rd year tahun paling susah, maka oleh itu kene bersemangat! Fighting!

Tak mahu mengeluh. Tolak perasaan negatif. Jadi anak solehah, jangan melawan mak ayah, jangan fikir banyak sangat. Bertenang. Jadi orang cool haha tapi macam tak boleh sebab terbiasa gelabah sikit.

Okay siapa yang terbaca post ini doakann saya semangat untuk berjihad belajar elok elok, cool saja time nak balek Mesir, and dapat buat yang terbaek untuk last few days of summer holiday in Malaysia.

InsyaAllah! :) ya Allah permudahkanlah jangan Kau susahkan. Ameen.

September 16, 2013

sorethroat

Warning: Sexy voice alert!




Back from 3 days escape

Magnificent view.

Learnt many things.

Hasbi rabbi jallallah
Maa fii qalbi ghayrullah.


Sufficient for me, my Rabb.
There is none in my heart besides Allah.


Just to keep going.

September 7, 2013

Dr. Nur Medina

 

Are you a doctor? / Idris give me that / what is that? / tomato / what is it for? / for eating. Just pretend (sebab tu tomato mainan):D



Sebab hal Egypt terlalu stress, kita layan teletah Medina :')

September 6, 2013

....


I have never in my life imagined that there can be this day.

Moga Allah memelihara Mesir, Palestin, Syria dan seangkatannya.

Moga urusan kami juga dipermudahkan yaRabb. Ada hikmah di sebalik semua ini. Allah :'(





Selamat Hari Jadi.

September 5, 2013

Maybe I'm missing you

I want to leave this. And make Him the centre of everything.  But I’m scared. And today I found this;  

“A person has never held certainty in Allah only for Allah to disappoint him or her. Never will Allah disappoint those with yaqeen (certainty), tawakkul (reliance) and husn al-dhann (good opinion) of Him.”

I realized I don’t have fully yaqeen, tawakkul and husn al-dhann in Allah. Only when I have all those that I wouldn’t be scared of leaving things for Him. Because when I have all those, I would be certain that His decisions for me are the best.

This inner voice is telling me what to do. But my heart and body are scared to move towards that.

Allah tests you with things that are closest to your heart. Because if not, it wouldn’t be that great struggle. If not, it wouldn’t be hard.

You know what scares me? The thought that something that is so familiar will be gone. Doesn’t that scare everyone? Because this feeling is so familiar, it has been in me for almost three years since I'm done with IB. There are so many times that I want to give up by cutting some of the social media connections.

I can't forget this feeling

September 3, 2013

saya sayang mama dan bapak saya

Dalam nafas yang dalam saya berfikir tentang harga kasih seorang ibu.
Luasnya Rahmat Ilahi.

Begitulah seorang ibu, Allah memberikan mereka rahim kerana mereka kaya dengan kasih sayang . Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

Hukum alam mewartakan, ketika kita sedang berada di puncak putaran hidup,mereka pula meratah usia kian tua. Mereka tidak lagi bernafsu untuk makan atau hiburan lain sepertimana kita, kegembiraan begitu tercatu buat mereka pada usia begini.

Namun mereka punya memori indah dengan kita. Kita yang digomol sewaktu kecil sehingga dengannya kita tidak merasa kesunyian. Ketika demam mereka tidak tidur sepanjang malam berjaga. Ketika ketakutan mereka memeluk erat menenangkan kita sehingga boleh melelapkan mata. Ketika dalam proses membesar, kita meminta itu dan ini. Kita mungkin mendapat semua atau sebahagiannya, tetapi kita tidak pernah tahu cerita di sebalik semua itu mungkin ada kesukaran yang tak diceritakan.

Tetapi malangnya memori itu hanya di pihak mereka sedangkan kita tidak mengingatinya lagi kerana sedang sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah habis-habis. Dengan fifa lah, game lah, shopping la.

Di titik perselisihan inilah menjadikan mereka terabai. Mereka melalui hari-hari yang kosong tanpa ingatan anak-anak, melalui malam-malam sepi tanpa sinar belaian cahaya mata dan mereka berada di penjuru dunia yang terasing membilang saki baki hari dengan butir tasbih sunyi sebelum berangkat pergi ke daerah barzakh di alam lain buat selama-lamanya.

Peritnya mereka di penghujung usia sedang warna hidup kita meriah sekali dengan derai tawa riarakan-rakan dan limpahan kesenangan yang gemerlapan.

Marilah dengan jujur bertanya,

Bilakah kali akhir kita mendoakan mereka setulus hati?
Bilakah kali akhir kita menuturkan sayang dan rindu pada mereka ?
Bilakah kali akhir kita ambil berat tentang masalah mereka ?
Bilakah kali akhir kita berjenaka dan mereka ketawa ?
Bilakah kali akhir mereka bercerita sedang kita mendengar dengan tekun dan mereka seperti tidak mahu mengakhirinya kerana pendengar itu sangat berminat untuk mendengar ?

Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!


Di sebalik semua ini adalah mencari redha mereka, di sana ada redha Ilahi dalam jambangan ketenangan yang hakiki.

Bagaimana mungkin redha Ilahi diraih sekiranya syarat mendapat redhaNya tidak dipenuhi? 
Bagaimana mungkin Allah menilai sayang kepadaNya sedangkan kepada insan yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi kitapun tidak kita endahkan? 
Bagaimana Allah akan memberi keredhaanNya dalam hidup ini sedangkan airmata seorang ibu tidak pernah kering mengalir, luka hatinya tidak pernah sembuh disayat sembilu?

Jawapan kepada semua persoalan itu adalah sebuah pemburuan yang menentukan perkara yang terpenting di dalam hidup ini; Sebuah keredhaan Allah sebuah ketenangan hakiki!


Salam kasih sayang.



 Ikhlas buatmu ayah, ibu dan kamu yang masih dalam rahsia.