September 18, 2013

Its hard to say goodbye

Assalamualaikum and hye!

Anyway, apa kabar? Diharapkan orang yang sedang membaca ini is in the best of iman and health. Aku membawa diri sekejap setelah diri ini cuba untuk memahami keadaan diri yang terasa lemah dan mencari kekuatan bila ditimpa sedikit ujian. Itulah, aku sedaya upaya cuba berhati hati dalam melontarkan pemikiran dalam blog sebab takut takut kalau kalau apa yang dilontarkan dekat sini menjadi hujah yang akan dikembalikan kepada diri aku sendiri macam boomerang, bila aku sendiri tidak mencuba sedaya upaya bermujahadah dalam mengamalkannya.

Perasaan nak balik Mesir adalah perasaan yang sukar nak digambarkan. Sangat. Terlalu.

Perasaan sedih dah mula dah.

Bila kaki melangkahh saja turun escalator nak pergi check in. ya Allah rasa dia macam okay, lepas ini aku on myself. Tapi alhamdulillah, sangat bersyukur dilahirkan di dunia sebagai seorang muslim.

Sebagai seorang manusia, sekiranya kalau kita bergantung sepenuhnya terhadap kemampuan dan keupayaan kita sendiri, kita akan tertekan. Betulkan?

Tapi istimewanya kita dilahirkan sebagai seorang muslim dan insyaAllah seorang mukmin di mana kebergantungan kepada Allah menjadi kita seorang yang tenang dan tabah menghadapi kehidupan.

So, Atiqa Askan,  tak mahu rasa sedih-sedih and emo-emo. Hargai masa sehari dua ni. Tak payah larut dalam perasaan sedih ini semua, perasaan negatif. Tak mahu layan. Please?

Nak masuk 3rd year? Nak jadi doctorkan? Desas desus kuat mengatakan 3rd year tahun paling susah, maka oleh itu kene bersemangat! Fighting!

Tak mahu mengeluh. Tolak perasaan negatif. Jadi anak solehah, jangan melawan mak ayah, jangan fikir banyak sangat. Bertenang. Jadi orang cool haha tapi macam tak boleh sebab terbiasa gelabah sikit.

Okay siapa yang terbaca post ini doakann saya semangat untuk berjihad belajar elok elok, cool saja time nak balek Mesir, and dapat buat yang terbaek untuk last few days of summer holiday in Malaysia.

InsyaAllah! :) ya Allah permudahkanlah jangan Kau susahkan. Ameen.

No comments: