August 24, 2014

Kahwin

Feed dalam sosial network melambak2 dengan gambar bertunang/kahwin. Kita tengok, terdetik di hati, "Agak-agak bilalah turn kita pulak, and dengan siapa kita bakal end up?" Mula terasa risau.

Haha! Korang rasa risau kan? Ke tak? Kalau aku, aku mengaku ketenangan aku sedikit terusiklahkan. Tipulah kalau kita tak wonder dengan siapa kita bakal end up with. Umoq dah nak masuk 24 tahun. Ada yang 20 tahun dah beranak 1. Hmm hal ini bukan among yang single saja, even yang dah couple tuh pun kena risau sebab; suka and cinta sangat kita dekat someone pun tak semestinya ada jodoh. Kan, kan kan?

Saya menyeru kepada diri saya and sesiapa yang terbaca ini, jodoh adalah termasuk dalam rezeki yang telah ditetapkan Allah. But still kene bubuh effort juga. Kalau keadaan kita yang belajar ini tak mengizinkan kita bubuh effort nak kahwin, apa kata diri saya and kita semua bubuh effort ke arah pembaikan diri bukan sahaja untuk ke fasa perkahwinan tapi untuk sepanjang kehidupan kita dunia dan akhirat.

Kadang kita rasa kita dah jumpa orang yang paling kita suka, yang kita rasa diri orang itu calon terbaik untuk jadi isteri/suami kita, tiada apa boleh pisahkan. Tapi kena ingat, kita merancang, nak orang tu, tapi Allah bagi orang lain.

Puaslah bercinta, bersulam kasih bertahun tahun tapi Allah kata putus di tengah jalan. Ini adalah kata2 favourite saya :-

What is destined will reach you, even if it be underneath two mountains. What is not destined, will not reach you, even if it be between your two lips!

— An Arabic Proverb

Allah pasti permudahkan semuanya sekiranya kita berusaha menjadi hamba yang baik.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh disandarkan kepada cinta semata-mata kerana perkara yang kita excited sangat pada mulanya akan menjadi routine sepanjang hayat kita sama macam kita fly, dulu excited sekarang rasa biasanya.

Personally, bagi saya, perkahwinan adalah medan kehidupan di mana seorang lelaki and seorang perempuan yang hidup bersama untuk melengkapi kekurangan diri masing-masing supaya berusaha bersama-sama, berjuang untuk menjadikan diri-sendiri lebih baik dari hari semalam demi mencari keredhaan Allah.insyaAllah. Masing masing perlulah give and take demi untuk mencapai kebahagian dan kesenangan dalam rumah tangga. Kerjasama, tolak ansur, jangan berkira sangat itu kerja siapa itu. InsyaAllah sepakat membawa berkat (:

Cewah cakap macam pengalaman. Apa2 apapun semoga bila datangnya jodoh itu nanti, aku dalam keadaan yang bersedia untuk menerima seseorang yang baru dalam hidup. K geli. Bye

August 20, 2014

Random je

Bismillah.

Susah betul hendak membuat karangan bila dah lama tidak menulis sebegini. Memasak laksa sarawak dua periuk besar lagi senang. Sudahlah senang, sedap dimakan. Sudahlah saya sedang lapar. Ada blog pon bukan boleh dimakan. Jadi mengapa ye saya ada blog sekarang ini?

Sebenarnya saya ingin menulis pelbagai cerita yang terjadi sepanjang ketiadaan saya. Walau sebenarnya saya sentiasa ada bersepah-sepah di serata social media. Sebenarnya saya … mengapa saya asyik cakap ‘sebenarnya sebenarnya sebenarnya’ dari tadi? Sebenarnya saya memang dah tak reti membuat karangan! Mengapakah anda kena membaca tulisan ini? Maafkan saya telah kembali secara anti-klimaks.

Ok sebenarnya (tengok tu...) saja saya nak mengupload print screen conversation twitter di bawah.


Tak ada tujuan apa-apa cumanya dalam dunia yang serba moden begini, tanpa mengira privasi seseorang perbualan kita dengan seseorang boleh diganggu oleh beberapa pihak macam kawan yang agak jahanam haha. Saya tidak menyalahkan sesiapa tapi saya percaya ini memang sekadar gurauan di laman sosial.

Terima kasih kerana telah memberi senyuman di bibir ini ketika hari ku rasakan aku tak mampu lagi untuk hidup.

Terima kasih stranger.



.notakaki: Aku dapat rasakan langkah untuk aku klik button follow tu adalah langkah yang tepat. Kerana aku dapat rasakan setiap kali aku melihat post baru dari kau, aku dah tak rasa apa2.  Aku harap kita masing-masing dapat bersikap professional.

August 15, 2014

I need space


I don't know if activating my Facebook account back is a good thing. Don't you ever feel suffocated when you log in to your account? I started to deactivate it since last Ramadhan till today. Adalah bukak in between just to check any important noti mcm batch announcement and stuff but other than that, to scroll to stalk to read status, no.

Some space really can ease your mind.


Susceptible

Love.

Allowing yourself to fall in love, to be in love.. is actually not very different from allowing yourself to get hurt, get stabbed, punched or kicked. Sort of like volunteering yourself into a boxing match with no helmets, knee/mouth guards, and obviously skills. Live or die. Both of which, results in visible bruises and/or invisible haemorrhage, depending on your luck.

As for me, I am in.. but with all my protective gears on. Maybe I will throw a punch or two, some kicks here or there, because who says it is a one way fight?

But tell me again, why do we always hurt the one we love most?


August 12, 2014

Florist


The truth is that I am struggling, have been struggling, to write something, anything, meaningful. Meaningfulness evades me; it escapes my reach, my grasp and flutters away the very moment my fingertips brush against it. Perhaps I am thinking too much, too deeply and perhaps I should just write something, anything.



I just love flowers. Maybe I shall become a florist.

August 7, 2014

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum and hello! 

I hope it is not too late to wish you all Selamat Hari Raya, from deep bottom of my heart, I, sincerely apologise for any of my wrongdoings intentional/unintentional Kadang kadang tu mungkin ada terkasar bahasa, tersilap bicara. Ye la kadang2, kita tak sedar, tengah seronok sangat, tak fikir panjang dah lukakan hati orang. Minta maaf ye ikhlas dari Atiqa. 

To all readers yang mengenali diri, thank you so much for keeping up with me till now. Walaupun kekerapan berblog taklah sehebat dulu kala, terima kasih kerana still bukak jugak link yang tak kemana ni.

Special raya wishes to my long lost crush, haha, tak tau la awak still baca tak lagi blog saya ni. Tapi olehan kerana pertemuan kita pun d blog, saya nak jugak wish kat sini, Selamat Hari Raya!! Minta maaf if that things I've said might hurt you somewhere, moga Allah protect you always. We might become stranger (again) now, but deep inside my heart, I hope our path will cross again one day.

Ok sebab aku memang tak boleh nak move on lagi, ? Walaupun aku dah putus segala connection? Boo Atiqa

Nah, selfie gopro skett tahun ni