Bismillah.
Susah betul hendak membuat karangan bila dah lama tidak menulis sebegini. Memasak laksa sarawak dua periuk besar lagi senang. Sudahlah senang, sedap dimakan. Sudahlah saya sedang lapar. Ada blog pon bukan boleh dimakan. Jadi mengapa ye saya ada blog sekarang ini?
Sebenarnya saya ingin menulis pelbagai cerita yang terjadi sepanjang ketiadaan saya. Walau sebenarnya saya sentiasa ada bersepah-sepah di serata social media. Sebenarnya saya … mengapa saya asyik cakap ‘sebenarnya sebenarnya sebenarnya’ dari tadi? Sebenarnya saya memang dah tak reti membuat karangan! Mengapakah anda kena membaca tulisan ini? Maafkan saya telah kembali secara anti-klimaks.
Ok sebenarnya (tengok tu...) saja saya nak mengupload print screen conversation twitter di bawah.
Tak ada tujuan apa-apa cumanya dalam dunia yang serba moden begini, tanpa mengira privasi seseorang perbualan kita dengan seseorang boleh diganggu oleh beberapa pihak macam kawan yang agak jahanam haha. Saya tidak menyalahkan sesiapa tapi saya percaya ini memang sekadar gurauan di laman sosial.
Terima kasih kerana telah memberi senyuman di bibir ini ketika hari ku rasakan aku tak mampu lagi untuk hidup.
Terima kasih stranger.
.notakaki: Aku dapat rasakan langkah untuk aku klik button follow tu adalah langkah yang tepat. Kerana aku dapat rasakan setiap kali aku melihat post baru dari kau, aku dah tak rasa apa2. Aku harap kita masing-masing dapat bersikap professional.

No comments:
Post a Comment