30/9/2013
Tuhan,
Ia telah menggunung tinggi,
hancur lagi.
Tuhan,
Ia telah melaut luas,
kemarau datang,
kering
kontang.
Tuhan,
Ia telah mengalir deras,
tercantas.
Tuhan,
Ia telah terbang bebas,
terkandas.
Tuhan,
Ia telah berlari
terhenti,
Tuhan
Ia hanya ingin melalui
Satu lagi hari
Kecap mimipi dan impi
Termanifestasi
Tak terjadi
PLEASE...
Hentikan dan ampunkan aku Tuhan
dari dan kerana terlalu memikirkannya
dari dan kerana terlalu melayannya,
dari dan kerana terlalu merenungnya,
dari dan kerana terlalu meratapnya
Semua yang Kau hancurkan
Semua yang Kau kontangkan
Semua yang Kau cantas
Semua yang Kau kandas
Semua yang Kau henti
Semua yang Kau tak izinkan terjadi
Gantikan Tuhan
Dengan yang lebih baik.
Kerana Engkaulah yang lebih mengasihi.
Kerana Engkaulah yang lebih mengetahui.
Dari dan kerana segala impi, mimpi, dan manifestasi.
Ya Baasith, Ya Qabidh, ameen.
No comments:
Post a Comment