October 1, 2013

Kosong.

Selamat siang.

Aku tak terasa macam nak meneruskan pembacaan. Kerna tiada jiwa di sini ataupon di situ. Jantungku berdegup secara luar biasa semenjak dua menjak ni. Aku sangat tak faham kenapakah dengan jantung ini. Lewat kebelakangan ini, kadar denyutan melampaui batas-batas normal. Mungkin ada yang tak kena dengan cardiovascular system aku. Apakah sudah mengidap congenital heart defec ? Kalut lagi mengarut!

Sebaik saja bangun dari tidur yang seakan-akan tidur ayam itu, terus aku dapat merasakan debaran dalam jantung yang mengalahkan pemuzik memukul drum nya. Sarapan nasi goreng cendawan, cucur udang goreng dan milo panas tetap terhasil walaupun jantung masih berdegup kencang.

Cerita tentang jantung tadi. Apa yang dapat aku pastikan, sejak kebelakangan ini zon selesa ataupon zon tenang adalah semacam jarang ada. Sentiasa berasa berdebar-debar tanpa sebab. Rasa tak sedap hati. Tapi entah kenapakah. Macam ada je yang tak kena dengan kehidupan yang dilalui. Atau boleh dikatakan sebagai aku kehilangan track kehidupan secara mendadak. Aku pon tak berapa jelas dengan hari-hari yang hendak dilalui. Sangat jahanam perasaan ini. Sebab tu aku benci mimpi random bila terjumpa kau dalam mimpi.

Bukahkah sebaik-baik kehidupan adalah apabila kita tahu at least kehidupan untuk sebulan akan datang. Aku? Apa yang bakal aku lakukan malam nanti pon aku tak da idea. Sangat LOST. Dan err… prestasi productivity juga turun. Tak da hati nak membuat kerjaan. Tiba-tiba aku rasa, aku takda masalah dengan sistem cardiovaskular. Masalah macam terpindah pada otak pulak. Sudah lah jangan bincang pasal anatomy bolehkah?

Hidup tanpa keterujaan. Iaitu tiada perubahan major ataupon kejadian super yang berlaku. Sangat bosan. Melalui hari-hari yang sangat tipikal adalah bosan. Macam kehidupan yang tidak berganjak. KOSONG. KOSONG. KOSONG.

Hmm ok boleh la nak nangis sekarang.

No comments: