October 4, 2013

Hand mixer

Saya sentiasa mensyukuri nikmat kebahagian yang Allah SWT berikan. Malah saya juga mensyukuri nikmat kesedihan, kesakitan malah kehampaan. Tuhan menguji takkan berhenti. Saya redha.

Malah saya masih mampu berbahagia di sebalik musibah ini. Kerana Allah SWT menguji saya dengan sesuatu yang mampu saya bebani. Sesungguhnya Allah tidak akan membebani manusia dengan sesuatu yang tidak mampu kita tanggungi. Hakikat ini sangat memujuk hati saya. Lebih dari itu, saya mensyukuri nikmat hidup di Ijip. Dengan adanya kasih sayang dari rakan2 kerna berjauhan dari keluarga, mana mungkin saya berasa seksa. Mana mungkin saya melalui ujian Allah dengan buruk sangka.

Terima kasih Ya Tuhanku atas ujian ini. Ia terlalu kecil jika dibandingkan dengan nikmat kebahagian yang melimpah ruah yang Engkau anugerahkan selama ini. Ujian ini benar-benar menguatkan lagi rasa nikmat kebahagianku.

Dear Readers,
Saya dalam keadaan kurang stabil emosi dalam minggu ini. Jiwa saya rasa terlalu halus. Saya jadi terlalu sensitif dan kurang yakin dengan tahap toleransi saya. Saya menjadi orang yang cepat naik angin sejak kebelakangan ini. Oleh sebab itu, lebih baik kalau saya tidak membuat interaksi dengan siapa-siapa pon ketika ini. Sebab saya tak tahu sebaik manakah tahap toleransi saya. Anda faham yang itu. Anda faham.

Hey, jangan pujuk saya! Saya bersedih tapi saya dalam keadaan redha. Hanya redha yang boleh menjadikan kesedihan ini satu nikmat. Dan hari demi hari, saya semakin redha. Saya manusia macam anda. Bersedih dan menangis atas musibah itu hakikat kejadian manusia. Saya tidak rasa bersalah kerana bersedih.

Eh, dah dah. Sebenarnya saya sedih tapi hati saya lapang. Saya sedih sebab saya manusia. Dan hakikat kejadian manusia itu adalah kebolehannya bersedih dan menangis. Tapi saya berasa lapang dada dan bersyukur kerana saya mempercayai nikmat IMAN. I am fine, thank you :)

Tetapi bila dapat sebat hand mixr elekta jualan lelong dekat alex market sedikit sebanyak dapat mengubat kelukaan ini. Aneh betul kuasa CINTA. Sesedih mana pon musibah yang menimpa, saya rasa tidak terjejas langsung. Saya menangis. Tapi dalam hati saya masih bahagia. Macam sekarang. Saya sedih tapi sebenarnya saya tahu bahawa saya seorang wanita yang sedang berbahagia kerana berjaya mendapatkan hand mixer untuk diri sendiri!!




Bolehlah masuk tidur dengan senyuman sikit. Jangan ada air mata yang mengalir lagi di pekat malam...

No comments: