Assalamualaikum,
International Gate ; Jet Pejuang MAS Airlines ke Kuala Lumpur. Departure pada jam 9.30pm dari Kuching.
Di ruang legar Kuching International Airport. Peluk again lama-lama. Nangis lagi sebanyak bersungai-sungai. Sudah bukan lagi Cry Me A River. Sudah jadik ber-river-river. Kemudiannya mak pujuk anak suruh sabar (padahal mata mak dah bergenang sikit). Sampai ke departure area, anak menangis tarik mak lagi sekali. Ayah takde kat Kuching, oustation, so macam makin lah laju air mata keluar. Kesian jugak bila terkenang kan mak yang akan drive balik rumah dengan duak orang budak ni tanpa ayah. Mak dah la tak suka drive malam. Bila terkenangkan benda tu, pun air mata turun lagi.
Bila anak akhirnya berlalu menyorong hand luggage dengan air mata merambu-rambu, mak, adik2 pon melambai-lambai. Makin lama makin jauh dan menjauh. Hinggalah tak nampak lagi.
Untuk menahan kesedihan yang tersedih-sedih tersebut, Atiqa pon bermain teng teng di depan gate 6. Eh mana ada. Atiqa pon bermain Pou. Tengah sedih pon pandai boleh habiskan satu game. Sangat genius ah kepala otak. KAH KAH KAH. Okay tak manis angkat diri. Malu sikit.
Duduk sahaja di seat dalam kapal terbang, apalagi! Continue menangis teresak-esak. Teringat-ingat perbualan di telefon dengan mak. Kebetulan satu row, saya seorang. So macam dah tak cover2 dah la nangis.
Kemudiannya saya membaca Sejernih AirMatamu by Dr Muhaya selama beberapa minit sahaja. Tiba-tiba teringat mak dan adik2 saya terus tak lalu nak membaca. Stop dan tarik selimut. Nangis. Makin deras. Akhirnya terlalu tension dan tertido.
Bangun bila pramugari cantik offer makan atau minum. Yang itu memang tak tolak walaupon tengah sedih. Nasib baik masa makan lupa nak nangis kalau tak habis Chicken Biryani jadik masin T____T Yang rasa pilu lagi, bila MAS kasi kek lapis Sarawak pulak. Adoi, sebak tau tak? Dalam hati, sedihnya nak tinggalkan bumi Kenyalang ni :(
Jetlag belum selesai pada mulanya. Masih penat. Fikiran tak ada lain. Ingat keluarga sahaja.
Perasaan sangat penuh dengan kecintaan. Semakin naik tahun, sekarang saya sangat merasainya. Betapa banyaknya sayang dan cinta saya buat keluarga tak berbelah bagi. Sekarang saya tahu yang saya sangat memerlukannya just like oxigen. Punyalah banyak cinta buatnya.
Tapi saya masih lagi rasional. Perasaan tu memang akan wujud bila saat2 meninggalkan bumi Kenyalang dan KL. Bila dah sampai Alex, bergaul dengan rakan2, lecture pun dah start. Perasaan sebak tu akan fading away jugak. Macam sekarang! haha takde lah. Cuma kita ni, bila dah berjauhan, yang mampu kita kirimkan ialah doa. Sebab kita tau kita sayang dia, doa je lah yang terbaek untuk orang2 yang kita sayang.
Semalam last moment with my YayasanPahang members. Dorang dah nak tinggalkan Alex dah ni. Nampak gayanya makin berkurang la komuniti Malaysians di Egypt. Kot. Tapi Alex Market makin meriah dengan barang2 yang nak di let go semenjak budak2 ni ambik keputusan untuk balik Malaysia.Moh la shoppping sikit untuk keperluan rumah.
La Alexandria. The best nasi ayam penyet in town. Katanya.
No comments:
Post a Comment