1. Ni lah buku-buku untuk tahun 3. Tu pun tak complete lagi semua. Macam awesome gile kan! meh. Everything is still under control I guess. Walaupun tahap bebanan 1 lecture tu agak berat berbanding tahun sebelum nya, tapi IAllah I'll make it through. Positive, positive!
2. InsyaAllah bulan depan bakal masuklah dua orang housemate baru. Setelah sorang pindah Malaysia. Nak tau, salah seorang nya PREGNANT! Baru baru je lah lagi sebab baru bulan 9 lepas bernikah. YaAllah tak dapat nak imagine, how are we going to handle a pregnant woman in a house? Takut nanti makanan tak berkhasiat, yelah masak orang bujang. Rasa macam dalam igauan ngeri, nanti kau jadi macam protective gile kat member kau.
3. Dua tiga hari ni duit mengalir macam air. Terlalu banyak tarikan2 dunia yang menyebabkan diri terleka dan membeli belah. Hmmm. Nafsu nafsu
4. Dan kite ada bahan bacaan terbaru! Baca dua tiga page dah jatuh cinta. So in love with this book! Berkisarkan pengalaman hidup ustaz Hasrizal. Tersengih tengok ada nama familiar.
5. Tadi ada orang lelaki random nak pinjam henfon masa tunggu tram. Kredit habis katanya. Pada sangkaan saya, dia ni 'orang kita' juga, maka saya pun pinjamkan. Saya bersangka baik, namun untuk memenuhi tuntutan usaha dan tawakal, saya pegang je pepper spray. Ye lah, henfon kot. Dan rupanya dia orang Indonesia.
Saya lebih gemar membahasakan mereka sebagai orang Indonesia, bukannya Indon seperti yang sering digunakan orang ramai. Pernah berborak dengan seorang wanita dari Jakarta dan beliau beritahu kami bahawa dia rasa agak terkilan bila dibahasakan Indon. Ini bukan hukum pun, cuma pendapat peribadi.
Panggillah orang dengan panggilan yang mereka sukai.
6. And...taking it a day at a time, we still thank Allah for another day of good foods, another day of masak laksa sarawak as requested by Syamimi. Nikmat Allah untuk orang-orang Alexandria. yums. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment