March 18, 2013

Penat

Kadang-kadang manusia terlalu buta dalam kehidupan, ada yang menunggu dan ada juga yang ditunggu. Yang menunggu akan terus saja tunggu manakala yang ditunggu itu terus saja bersahaja kerana dua dua buta.

Masa yang berlalu begitu pantas untuk kita kejar tanpa kita sedar dan segalanya mungkin berubah. Walau banyak macam mana kita minta pada tuhan agar dipulangkan kembali waktu waktu dulu tak akan berubah walau sesaat.

Aku juga manusia.

Aku pernah jadi si buta.
Dan mungkinkah akan buta lagi kelak?

Puas sudah pujuk diri sendiri namun tak juga hilang,
Pergilah kau jauh,
Rehatlah kau wahai hati,
Aku sudah penat.


-aku, 11.37 pm
17 Mac 2013 | GMT +2

March 11, 2013

Insan bernama sahabat


Jam menunjukkan pukul 2 petang. Aku dah tak sabar nak balik. Habis je membedah jantung, aku bergegas balik rumah. Sebab nak jumpa orang ni.....

Sahabat ni aku kenal masa buat IB di KMS lagi. Dia mantan Bendahari masa kami sama2 di bawah MercyMedic kolej dulu. Tapi jalinan ukhuwah tu 'terputus' kejap sebab dia tranfer ke Alex dapat tajaan Wilayah. Bukannya rapat pun sebenarnya lagipun kelas pun lain-lain.

Entah kenapa bila aku pindah sini, kami jadi sangat rapat. Seolah-olah macam dah kenal lama. Sekarang dia dah 4th year dah tapi, dah masuk klinikal dah pun. Seorang top student batch dia, sangat tegas. Dan aku lihat dia ni ada aim / matlamat dalam apa je dia lakukan.

Memandangkan masing-masing lain batch, dengan kesibukan belajar dan persatuan yang kami pegang, jarang jugak lah jumpa. Tapi rumah dekat, alhamdulillah kadang-kadang jumpa jugak untuk melepas rindu :)

Allahu Allah, aku tak tau macam mana nak cakap, tapi aku sangat sayang dengan dia ni. Pernah tak dengar orang cakap "Kita akan melakukan apa saja untuk orang yang kita sayang". Dulu aku tak percaya dengan kata-kata ni, maybe sebab ego. Tapi sejak rapat dengan dia, dan dah berapa kali dah something happen, aku percaya balik kata-kata tu.


Moga ukhwah ini Allah redha.

Rasulullah SAW bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)

Aku tak tahu apa sebenarnya tujuan post ni tapi aku sangat sayang Farah Hanna Roslan!