Memetik kata2 seorang classmate dalam perbualan semalam:
"Sesunggunya Allah itu mempunyai perancangan yang lebih baik.."
yes, I second the thought. Petang semalam, seluruh kolej dikejutkan dengan berita perginya seorang pelajar ALevel Accounting, Liya Nordin.
Serius terkejut sebab Liya antara pelajar AL yang rapat dengan saya. Tengah-tengah browsing through International Day's pictures dengan budak-budak lain, tiba-tiba sorang tu masuk bilik bawa berita.
Tergamam. Terkejut. Tidak disangka
Pernah borak-borak bersama. Pernah pergi pasar malam bersama..sedih sangat..
Masa terakhir jumpa arwah adalah semasa beliau menyambut tetamu dalam konsert UNIC malam Rabu yang lepas. Masa tu konon nak bermanja dengan arwah mintak tolong dia cabutkan tiket untuk cabutan bertauh sebab kiranya kena buat sendiri. Tak sangka itu untuk kali terakhir. :(
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Liya Nordin
Al-Fatihah
ps: hari ini hari lahir Liya :(
No comments:
Post a Comment