May 23, 2012

Omma aboji!

May our parents and Allah forgive us for any times we felt that they are making things 'difficult' for us.

Semoga kita diampunkan atas setiap detik rasa bahawa ibu bapa kita menyusahkan kita.
Dalam dunia ni hanya ibu dan bapa yang menjaga kita, tu je dua manusia yang akan sentiasa menyayangi kita dan mahukan hanya yang terbaik untuk kita walau apa pun terjadi dalam apa pun keadaan. Sebelum atau sesudah ada pasangan hidup (for I believe tho haven't reach that phase). They almost will never have any bad intention towards us.

Pada menghormati ibu bapa itu ada berkat dan kerahmatan.

Semoga kita tidak jadi 'berani' untuk menafikan.

Perintah mentaati ibu bapa itu sentiasa diletakkan selepas perintah mentauhidkan Allah dalam Quran. Cukuplah ini meyakinkan betapa besar ianya sebagai tuntutan.

--------------------------

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. [al-Isra’ 17:23]



...Counting : 66 more days

No comments: