April 19, 2014

Agung

Rakyat kerajaan Mesir purba hanya sekitar 2 juta orang..tetapi mereka mampu membina binaan2 binaan agung. Dahulu aku menganggap perkara ini adalah kerana zalimnya firaun yang mengertak rakyat untuk mengangungkannya, namun ternyata aku salah.

Hakikatnya, bilamana rakyat Mesir purba membina kuil-kuil dan piramid-piramid agung mereka, mereka berniat sebulat hati, bahawa keikhlasan mereka dalam membina rumah-rumah tuhan itu, akan diberi ganjaran oleh yang disembah..bahkan akan diukir nama2 mereka dilangit!

Maka aku tertanya kepada diri, perpaduan umat Islam yang berbilion ini, andai kita bersatu ikhlas menyembah dan beramal kepada tuhan yang esa, keagungan apa yang bakal kita gapai?

No comments: