May 22, 2014

Bayi dan Dia Untukku

Pagi tadi, aku dan Hana balik rumah selepas bermalam di hospital semalaman, dalam pukul 5 pagi. Jalan agak lengang. Kereta dua tiga buah je yang kelihatan. Alhamdulillah teksi pun tak lama tunggu.

Balik dari jaga Zack yg baru je selamat melahirkan baby semalam. Alhamdulillah bayi lelaki, Zaid Harithah namanya. Diambil sempena nama anak angkat Rasulullah (:

Bila tolong jaga Zack post-partum ni kan, teringat dengan mak sendiri. Mulalah kau berfikir, macam ni la rupanya mak kau dulu. Kesakitan masa nak melahirkan anak tu hanya Allah je yang tahu. Besarnya pengorbanan mak ayah kita semenjak kita dari dalam kandungan mereka lagi. Berpantang tak boleh makan suka hati berbulans.

Ok lepas sampai rumah tu, memang terus syahid atas katil. Memang nya aku dengan Hana tak larat nak pergi kelas tadi. Haha ni baru jaga orang beranak kau. Bukan kau sendiri yang beranak. Malam ni dah tak perlu jaga dah. Suami Zack dah datang dari UK buat suprise kononnya haha.

Lepas Maghrib tadi pergi lawat balik Zack, jumpa Ustaz Sofi jugak. hehe dah macam KMS reunion kat sana. Borak-borak dengan Ustaz Sofi dengan Haris (Zack macam dah mengantuk tak layan sangat). Cerita zaman2 KMS dulu rindu sebenarnya.

Bila Haris tanya tadi ustaz tak pergi J ke? Aku terus pandang ustaz haha. Ustaz cakap dia pergi hujung bulan depan untuk graduation ceremony malaysia students kat sana. Aku pun berani tanya, oh dentist ke ustaz. Ustaz pun haah medic dentist. Tengok tarikh yang ustaz cakap tu, aku still ada satu paper left for finals before balik Malaysia. Ustaz tanya ada kawan ke kat sana. Haah adalah beberapa. Sengih sorang2

Apa-apapun, kita mengharapkan Zack cepat recover dan baby pun membesar dengan sihat dan sempurna insyaAllah.

Dan selesai jugak program batch 'Dia Untukku' sebentar tadi.
Alhamdulillah,tersingkap pelbagai persoalan..bak kate panel:-
"sesuatu yang diharapkan jika bukan milik kita tak perlu nak sedih pun,sedia je sebab Allah akan bagi sesuatu yang lebih baik"
Bercakap isu fitrah yang paling besar dan paling berat untuk setiap manusia. Tak sangka rupanya dah "dewasa" bila otak dan akal menerima input-input berkaitan wasilah-wasilah untuk ke arah satu lagi pembinaan individu-individu muslim yang terbaik, insyaAllah..
Kita tahu merancang apa yang terbaik. Moga perancangan kita seiring dengan perancangan Allah yang jauh lebih baik dari apa yang kita impikan.

Moga Allah pilih kita tengah malam nanti untuk bangun qiam beribadah padaNya...bi iznillah.

No comments: