PCI, khalwat dan ganja...
Dalam pilihanraya ini, betapa aku impikan agar PCI berhenti menjadi
sebuah badan elitis. Sebuah badan yang berslogankan tarbiah kepada
mereka yang berjubah, melaungkan kebersamaan bagi mereka yang
berpangkat, mengishtiharkan perpaduan dalam kalangan mereka yang
sudahpun duduk semeja.
Mereka yang mentadbir penggal ini, aku harapkan bukanlah dari kalangan mereka yang jalannya di atas awan, tidak menyedari bumi rosak yang seharusnya mereka injak.
Aku mengharapkan, saf kepimpinan PCI penggal ini, sedar bahawa
mengadakan ceramah agama tentang ikhtilat, tidak akan langsung
mentarbiah mereka yang baring sekamar dengan perempuan.
Aku
megharapkan barisan PCI ini, sedar betapa menjadi-jadinya dunia ganja
yang menjadi mainan mereka yang terpinggir saban hari.
Aku
memohon agar PCI berhenti berkhayal, agar mereka sedar bahawa ruang
tarbiah dan tanggungjawab mereka bukan hanya pada yang solat di saf
sebelah, bukan hanya pada mereka yang sama-sama menelaah.
Kadang aku tertanya, di mana JAKSI?...oh..aku lupa, mereka sibuk menangkap ikhwah yang ke rumah akhwat kerana membaca Yaasin.
Apakah kalian takut bertindak?..maka gugurkan sahaja serban besar dan jubah labuh kalian.
Apakah ayat-ayat suci yang kalian sering hamburkan sekadar menjadi pemanis bibir dalam menangkap hati akhawat yang berpurdah?
No comments:
Post a Comment