Si masa depan, adalah satu watak yang aku pernah cipta dalam blog ni. Watak ini telah menjadi inspirasi untuk entri-entri terdahulu.
Ada yang berteka-teki, si masa depan adalah kekasih aku, cinta gelap aku. Tapi sekarang, watak 'masa depan' dalam blog aku seolah-olah makin pudar. Kerana aku merasakan hati aku makin hari makin redha. Walaupun lamanya telah aku pendam rasa.
Kenapa aku letak kata nama 'masa depan', bukan sesuatu yang zahir - kumbang, bintang, jantung hati atau lilin?
Ini semua inspirasi dari Beautiful Life.
Aku suka satu babak dalam drama itu. Dimana Kimu Taku minum pagi, duduk lepak-lepak dengan awek dia, berbincang tentang persekitaran rumah dan impian masing-masing. Duduk, sambil minum kopi. Tawa, gelak riang. Perempuan itu sakit, kaki dia cacat, tak boleh jalan. Sepanjang hidup kena pakai kerusi roda. Kerja sebagai pustakawan, Kimu Taku adalah designer rambut.
Perempuan itu pun tanya impian lelaki itu:
Kimu Taku hidupkan sebatang rokok. Lepas itu dia cakap, "Aku nak ada sebuah salon gunting rambut. Ada meja, ada cermin dan ada pintu." Dia cakap dengan menggunakan tangan. Perempuan itu tambah cerita, yang dia nak letak loceng kat pintu, bila orang datang akan ada bunyi 'Tarereng,'.
Kimu Taku, duduk merenung panjang. Lepas itu dia bangun, cari kertas dan pensil.
Dia lukis impian dia, berdasarkan perbincangan tadi. Ada meja, ada cermin dan ada kerusi. Lepas itu dia lukis pintu, ada loceng. Lepas itu satu sudut, dia lukis satu rak yang penuh dengan buku. Ada lukisan manusia berambut panjang, lukisan itu sangatlah buruk.
Perempuan itu tanya, "Eh ini apa?"
Lelaki itu jawab...
"Ini masa depan."
Dia sambung...
"Nanti masa saya potong rambut pelanggan, kamu nanti baca buku kat meja ini tunggu saya habis kerja."
Perempuan itu, terharu giler sebab dia dah tahu, dia berada dalam masa depan, impian dan perancangan lelaki itu.
Penuh drama, bukan?
'Si masa depan' adalah seorang lelaki. Itulah kali pertama, aku memandang seorang lelaki bukan semata-mata peneman ke wayang, makan malam, pergi kedai buku. Sejak itu juga, aku merasakan betapa pentingnya lelaki dalam episod kehidupan aku seterusnya, yakni di kala masa depan.
Cuma, kena fahami, bahawa masa depan itu tidak pasti.
Macam drama Beautiful Life, perempuan itu mati sebab masalah kesihatan, tapi impian lelaki itu masih hidup, cuma tanpa 'masa depan' yang dirancangkan.
'Si masa depan' boleh berubah, sebab itu ketentuan-Nya, kita cuma merancang.

Dan mungkin aku masih harus untuk berdoa.
Wallahualam.
1 December 2013.
10.16 malam.
Iskandariah. Sejuk.
No comments:
Post a Comment