2 November 2013
Subuh, sejuk.
Rutin harian seperti biasa; mandi, bersiap untuk meneruskan hari.
Ke dapur, membancuh seuncang green tea. Derapan air panas dari pendidih air memecahkan bau pagi. Harum. Berkodaklah air dalam secawan teh hijau yang biasa aku pakai. Mug merah jambu 250 ml. Lalu aku duduk di kerusi seperti biasa, melabuhkan punggung. Membelek sekali imbas buku Fisiologi untuk module endokrin.

Tepat 7.20am keluar dari bangunan kediaman, keseorangan. Melihat matahari naik di awal pagi, cerah. Tatkala meredah pagi dengan kesejukan, sinaran matahari menyilau-nyilau mengkaburkan pemandangan.
Aku malas untuk bercerita tentang apa yang berlaku di universiti, sebab ianya terlalu kompleks - kurang mengiurkan, kurang sensasi. Aku mendapati jalan cerita semuanya sama.
Bagaimana kita diherdik oleh pensyarah.
Bagaimana kita dipergunakan.
Bagaimana kita terlalu mengantuk di dalam dewan kuliah.
Perasaan kena naik tangga tingkat 5 untuk ke lab Histo.
Ada orang mengata. Gosip sana gosip sini.
Kena tiaw, kena tai-chi, kena tempias.
Dikatakan bawak masalah.
Hmmm.
Hari berlalu begitu pantas. Tanpa disedari, jam sekarang telah menunjukkan pukul 7.30 malam. Kenyang. Tak sabar nak menelaah buku Patholoji. Patholoji ialah subjek kegemaran aku sebagai pelajar medik. Namun tidak pernah pun bercita-cita untuk menjadi Pakar Pathologist satu hari nanti.
Malam terus larut bertemankan nyanyian lagu Indonesia di corong headphone. Mulut mengunyah buatan kek batik sendiri tadi petang sementara masih rajin. Ucapan Alhamdulillah mungkin pelengkap segalanya.
Dan, apabila esok kita berimpian menghadap matahari. Tanamlah impian, bahawa esoklah matahari terakhir akan kita lihat.
Supaya, kita akan cuba sentiasa ke hadapan, menongkah arus.
Moh la study.
No comments:
Post a Comment