Masa dan ruang itu bersuka ria, kita yang pilih.
Aku dan manusia yang ada dalam dunia ini, mempunyai salah satu benda yang sama - masa. Setiap hari kita telah diperuntukkan 24 jam sehari, bersamaan 1440 minit. Setiap minit yang ada dalam kawalan kita, sukar diramal.
Misalan, melalui perangkaan kita akan bergerak dari rumah ke universiti dalam masa 15 minit. Syarat dia adalah tiada halangan sepanjang perjalanan. Pergerakan kita secara purata kita sudah kata, ianya akan mengambil masa 15 minit. Tapi secara zahirnya dan secara realitinya, banyak halangan kita lalui. Semasa kita memandu;
a) Ada lori dihadapan, memandu dengan sangat perlahan.
b) Motorsikal memberi isyarat untuk lintas ke hadapan.
c) Kereta hon menagih ruang untuk lalu
d) Ada eksiden telah berlaku.
e) Pak cik yang bekerja mengutip tong sampah berjalan perlahan
15 minit itu telah menjadi 25 minit.
Ini aku katakan masa yang kita miliki sebenarnya, bukan dalam kawalan kita.
Manusia lain juga mampu mempunyai guru yang sama dari aku, dan belajar benda yang sama. Tapi seberapa pantaskah pada hari ini kita mendapatkan sesuatu.
Bagi aku, masa adalah faktor penting pada hari ini.
Misalan paling besar aku bagi adalah, Korea dan Jepun. Pada tahun 2000-an, Jepun adalah kuasa besar dalam bidang konsol elektronik. Lihat sahaja brand barangan dalam rumah kamu. Tapi 10 tahun kemudian, keadaan itu berubah. Bila kata LCD, kamu kata Samsung adalah terbaik. Bila kata peti ais, LG adalah terbaik. Pada 2000-an, Korea baru sahaja pulih dari krisis ekonomi rantau Asia tahun 1998. Tapi bagaimana sepuluh tahun kemudian, mereka menjadi kuasa besar dan membuatkan ramai manusia di Malaysia terkinja-kinjakan K-Pop?
Aku nak lihat faktor masa pada hari ini adalah sesuatu yang bernilai.
Aku dan manusia lain didunia ini, sama sahaja. Mempunyai masa 24 jam sehari, 1440 minit. Tapi bagaimanakah setiap hari kita rangka masa 1440 minit kita.
p/s: Semalam meeting prof, Abg Paan bagi tazkirah pasal masa. Sangat terkesan.
p/s/s: Akhirnya dapat memangku anak Qaraffi dan Kak Nursaibah. Qays Umar. Orang lain makan, aku tolong jagakan dia. Sangat comel dan selalu senyum dalam tidurnya.

Tak sempat pun nak merasa nasi lemak yang dia orang bawak.
Macam ni kot rasanya seorang ibu yang berlapar demi anaknya.
No comments:
Post a Comment