November 8, 2013

Pagi Jumaat yang sempurna

Walaupun kesempurnaan itu ideal, tapi warga manusia masih berusaha ke arah itu.

Demi kepuasan.





Hari ini aku mendefinisikan sempurna adalah apabila aku bangun pagi, aku tiada siapa untuk berkata, tiada siapa untuk dihubungi. Menyapu dan mengemop ruang tamu, mengemas dapur, dan 30 minit berlari atas treadmill.

Menyisip teh hijau, menyelak buku anatomi. Menyarungkan katil dengan alas baru, bantal disusun dihujung. Buku-buku  medic dan bukan medic di rak buku disusun semula, diatur secara vertikal - hampir sempurna.

Lalu, aku buka lagu feveret ketika ini.

Itulah aku definisikan kesempurnaan, pagi ini, saat ini.

Barangkali aku hanya berimpian besar, bermimpikan indah bahawa kesempurnaan itu ada.

Hakikatnya, kesempurnaan itu tiada pada kita, hanya pada Pencipta.

No comments: