November 8, 2013

Hari ini


1. Housemate sorang disyaki ada benign cyst dekat area thyroid gland. Ingatkan ada hyperthyroidism bila first2 nampak dulu. Malam ni nak pergi ambik dia punya test results. Harap-harap good prognosis.

2. Housemates baru aku dua orang ni sangat rajin masak. Like, rajin and sedap. Sangat bonus la. Aku tak. Aku tak pandai masak. Hari ni, sorang buat breadpudding. MasyaAllah yarabbi ya tuhaann! Gila masyuk!. Sorang lagi hari tu buat nasi ayam. Nasi ayam tak alang. Siap hias berbagai. Alhamdulillah =)

3. Pagi tadi, dalam perjalanan ke universiti, hujan turun rintik2. Mungkin perubahan cuaca telah bermula. Dua hari ni dah sejuk. Teringat masa kat Jordan, awal-awal dah sejuk. Lain macam kat bumi Mesir.

4.  Sebenarnya, aku terbaca satu artikel mengenai matematik. Aku minat matematik. Tapi bukan IB punya matematik. Aku suka nombor, sebab ianya nombor. Tapi aku hanya minat matematik sehingga pakar matematik memasukkan abjad ke dalam matematik. Misalan:

A+B=15
B+14=30
Apakah nilai B?

Matematik adalah satu cabang ilmu yang menarik, dan tidak patut dibenci. Bohong kalau kau kata kau benci matematik masakan setiap hari kau gunakannya. Setidak-tidaknya, 50 sen campur 20 sen adalah 70 sen, bukan seringgit. Ya, itu sudah matematik.

Dalam matematik, sebenarnya yang penting bukan jawapan. (Bagi aku)
Yang penting adalah bagaimana kita menyelesaikan untuk mendapatkan jawapan.

Sistem peperiksaan kita mungkin baik, sebab kalau kita salah memberi jawapan tapi jalan kerja yang betul ada nilai di situ. Itulah sepatutnya yang kita perlu pelajari - nilai usaha dalam menghasilkan jawapan. Hidup tanpa masalah, adalah hambar. Masalah menjadikan kita bernilai untuk masyarakat, agama dan bangsa (tipikalnya...).

5. Dalam hidup ni jugak aku belajar benda di mana jangan mudah terasa mahupun perasan dengan status-status orang di laman sosial. Mungkin status #imissyoubeck itu bukan untuk kau, padahal untuk orang lain. Tolong jangan perasan.

No comments: